Monday 11 June 2012

Kelebihan Al-Ma'thurat

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t


Setelah lama tidak membaca Ma'thurat..
Alhamdulillah sekarang saya masih diberi peluang untuk
mambacanya lagi..
Lama xlah lama sgt..
Tapi dah lama lah juga xmengamalkannya..
Nasib baik masih lancar membacanya..
Ayat-ayatnya bila disebut masih belum terasa
pelik..Syukur..
First time saya kenal Ma'thurat ini bagus jika diamalkan
ketika saya di SMKAS..
Pelajar di SMKAS mengamalkan membaca Ma'thurat
seusai solat magrib berjemaah..
Mereka membaca dengan lancarnya..
Sesetengah daripada mereka membaca tanpa membuka kitab
Al-Ma'thurat itu..
Saya yang masih tidak biasa
hanya terpinga-pinga..
Almaklumlah, ketika 5 tahun di SMK Tun Perak
tiada pula mengamalkan membaca Ma'thurat ni..
Sedih sebenarnya..
Alhamdulillah pada suatu hari,
hati saya terdetik meluahkan perasaan untuk membaca
Ma'thurat dengan lancar seperti yang lain kepada Manisah
sahabat saya..
Manisah pon tidak lokek berkongsi
apa yang dia tahu..
Saya menghulurkan kepada Manisah
Al-Ma'thurat dan Manisah pon menandakan mana
yang perlu dibaca..
Selepas itu, saya mudah mengikuti bacaan
Ma'thurat beramai-ramai..
Disamping itu saya juga mengamalkan
membacanya pagi dan petang sebagaimana
yang kita tahu masa yang sesuai kita membaca Ma'thurat ini..
Banyak fadhilatnya kita membca Ma'thurat ini..
Antaranya..

Kelebihan membaca Al Mathurat:
1. Tidak dihampiri syaitan
2. Rumah dan keluarganya terselemat dari perkara yang tidak diingini.
3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.
4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
5. Selamat dari segala sesuatu.
6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
7. Allah berhak untuk meredhainya
8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.
9. Terhindar daripada syirik.
10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.
12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh allah hingga ke waktu petang.Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
14.Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.




Kredit: IluvIslam.com dan www.hatikering.wordpress.com

Alhamdulillah..kita diberi kesempatan
untuk mengamalkan Sunnah Rasulullah ini..
^_^

No comments:

Post a Comment